Followers

Sunday, December 18, 2011

urgent cari inkubator

salam kawan2 blogger n demonsfowl..pertolongan anda amat diperluka..saya nak cari inkubatr yg boleh masuk telor dalam 20 ke 30 biji..ada sesapa dapat membantu..asap..kalau ada update ye beserta harga kat 0124022240

Wednesday, December 14, 2011

tolong jual ayam kawan..

kepada sesape yg berminat ayam jenis main batang kaki ni ada dua pilihan untuk anda, bukanla berasal daripada reban demonsfowl, tetapi dari sahabat sekitar yang ingin melepaskan jaguh2 mereka. so dibawah ada gambar untuk menjamu mata anda semua, ayam telah bersedia untuk memasuki arena latihan untuk ke pit di masa akan dtg..


 kelabu

ara muda

kepada mereka yang berminat untuk memiliki petarung diatas ini bolehlah kiranya menghubungi en lis di talian 0175015864. sape cepat dia dapat.

Saturday, December 10, 2011

menunggu...

Lama dah x update blog.. Boring ni boleh la menaip sikit. Masih menuggu batch baru dari reban sendiri. Anak bos dan anak memey dah keluar. Mungkin lgi 8 bulan baru tau. Memang special benih baru ni. Tak pernah lagi rasanya bela ayam yg masih kecik tpi dah berbunuh n tak boleh kurung sekali. Anak bos ni memang lain, saya sendiri akui tak pernah dapat lgi yang mempunyai fizikal begini. Dengan ibu fotostat, anak2 ni berjaya mewarisi warna bos dan skill, walaupun masih kcil. Ada satu hari ingatkan anak ayam belaga tak kisah la mungkin kejap je, tapi tiba2 sekor daripada nya tumbang, hitam mukanya, adui rugi rasanya n mnyesal tak leraikan. Bentuk fizikal dengan balung yg besar, body dan tulang yg kemas, n yang paling mengujakan bahagian peha yang besar membulat jika dilihat dari sisi perrgghh, anak lagi tapi dah melepasi standard anak2 benih lama di reban dari segi fizikal. Harap akan menjadi lagi lebih banyak. Sekarang memang tengah produce lebih banyak produk bos@pyao ini dimana pelbagai ibu dari berlainan bangsa dan permainan. Kekecewaan akibat sampar ayam yang lalu terubat dengan kehadiran benih baru ini. Benarlah kata orang, if kita hilang sesuatu yang baik hari ini, bermakna kita akan menerima sesuatu yang lebih bai esok. Segalanya memerlukan KESABARAN? Tq all demonsfowl fren for your support.

hantukecek

Friday, December 2, 2011

ayam laga =))

 Koleksi depan rumah dan ayam perhiasan

Jalak (batang kaki) / 8 bulan



VIP (ayam hujung) / 6 bulan


Zizi (5 bulan)

Untuk dijual SOLD



Umur: Hampir siap sekali bulu
Berat: 3-3.2kg
Jenis permainan: Anti lock/underwing, spinner, locker, masuk kilas n lau dekat bila kena himpit.
Special: kepala goyang (hidup), lau dekat, buah shot (keras n konsisten), rajin memukul.

p/s: siapa dapat ayam ni memang beruntung.. =))

Plz call: 0175015864 (lis)

Friday, November 18, 2011

Jalak Kaki Biru (senapang patah) - SOLD


Magonthai 3 darah (benih sendiri, proven)
Baru lepas menyulam 90% siap bulu.
Cara permainan: Ayam jalan kilas + kaki pama (bisa dan rajin) + banyak tembak
Ada buah patah special.
Berat: 2.8-3kg

Ni adalah salah satu benih yang terselamat dari penyakit..umur hampir setahun..warna jalak putih kaki biru.jenis permainan kilas(masuk kepak) dan kaki teramat rajin di mana pukulannya dapat membuat lawan terpelojok dan hilang ingatan(buah baik)..terbukti bila masa sparing lawan akan berkiok lompat bon akibat terkena buah pematah dia.adik beradik dia memang banyak mengharumkan nama tuan2nya dimana kemenangan demi kemenagan dicapai..ayam juga cantik di mana warna jalak putihnya agak unik berserta balung ala2 mahkota..tu tak penting, yang penting pukul rajin, tembak kena, sakit dan cepat buat.lagi satu benih ni tanggung duit..ada ayam jenis pukul meletup bila sparing, tpi masuk bon, pkul biasa, tu maksudnya dia hanya jagoh sparing, tpi bukan di bon.so, benih ni telah terbukti di arena..sangat sayang untuk dilepaskan..

Plz msg 0124022240 untuk detail

Sunday, November 13, 2011

benih latest

benih-benih latest dri darah baru dan lama betul-betol 'something' kali ni. skil, tulang, fizikal semua berbeza dari yang dulu.. =))

Monday, November 7, 2011

Anak pembaka utama =))

Payao (pakoi x segong) + (pama x segong) = ?

Dari benih Boss x ibu MaGon yang telah terbukti. Anak kepada ibu ini pernah menjuarai (multiple) di sekitar tempat saya. Anak kepada ibu ni kebiasaannya kaki rajin, pukul muka, kaki bisa dan berbody solid. semua agak galak and dah main2 lawan sesama sendiri. Harap dapat peturun kaki bisa bos yg ada buah patah besar (tko).

Gun Jr (75% pama + 25% Thai)


Anak muda yang terakhir dari aliran Mathai(benih lama). Khas untuk berjuang di arena. Dah pernah Test dan harapnya permainan kekal sebagaimana yang ditunjukkan.. Bukak kunci n kilas, sepak pama (kaki bisa) + buah besar.. Paling penting, skill gun tu ada..

Pembaka Utama - Boss (Segon x Pakoi) Payao tko 7

Meh kite tengok kaki ayam ni...apa yang buat die punya kaki boleh bagi ayam lembik dalam tak sampai  5 minit ye?ada rahsia ke..hehe..

Ayam ni sekarang tengah menghasilkan benih yang agak banyak, so kena tggu dulu sikit masa untuk uji, harap anak2 dia dapat kaki boss ni.



Saturday, September 24, 2011

UPDATE!! New Phone Number

Sila gunakan nombor ini..segala urusan berkaitan ayam pasti akan dilayan...nombor lama da terminated..tq

0124022240

Wednesday, September 21, 2011

Petarung pakoi + PAma



Nama : Memey
Umur Setahun
2.9 kg
1 air cnfirm lawan runtuh body

Pembaka Utama Reban - Payao

anak-anak sedang dalam proses. Benih TKO.7




Boss (Pakoi x Segon x Thai)
Telah berpencen dan menjadi pembaka tetap. Buah patah besar n rekod lepas yang baik.

1st Class di reban

Friday, August 12, 2011

BroODcOCk

Update benih latest..

Gambar akan menyusul..

Bos masih ada (Pakoi x Saigon x Thai) TKO 7

Anak-anak coming soon dalam proses..kalu kawan-kawan minat ayam ada buah/patah besar tko boleh tunggu benih ni..di kahwinkan dengan pelbagai jenis ibu yang memg terbukti baik dari pengalaman anak2 yang lepas. Permainan biasa janji KAKI KENA dan BISA!!


Saturday, May 21, 2011

Sarang peneluran

Alhamdulilah saje nak berkongsi dengan kawan2, kotak A4 jangan dibuang, selama saya menggunakan kotak A4 sebagai bekas telur untuk ibu ayam mengeram, hasil nya amat baik sekali dimana kesemua telor yang dieram menjadi.letak kertas hancur (shred paper) dalam tu, insyaallah menjadi. Cube la, tak rugi pun.hehheehe..

Kertas hancur tabur je dalam tu, n letak daun serai untuk bagi hama lari =)

Fighter Q3 2011

Taun ni agak menyedihkan sebab ayam nak bawak ke bon udah takde/kurang akibat sampar.. Mujur masih ada sekor yang tinggal. Ayam hasil gabungan batang kaki dan taji ori. Eksperimen pertama, kena tengok boleh pergi atau tak di bon. Warna ara tua dan batang kaki putih. Permainan pula macam2. Awal bulan 6 ni akan beraksi di arena. Saje masuk dalam tenet cari glamor. Hehe. Ayam dah siap basuh, tinggal nak bawak je. Tapi kalu ada sesape yang berkenan boleh la tanya k. Style main = pakoy dengan sepakan yang kerap, sakit dan padu..Lebih kurang cmtu. Pernah adu dengan ayam balut, sampai habis body longlai n takde kaki..



Jari belakang sisik pecah semua.. (apa maksudnya ye?)

Tuesday, May 10, 2011

Darah pembakaan ayam paling glamor..

Ni adalah berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya mengenai ayam pelbagai darah.. (Batang Kaki Balut) - Magonthai


Ayam Bangkok - Ayam yang berasal dari thailand. Mempunyai gaya perlawanan yang menarik, iaitu kilas, pancing, banyak pukul umbut punai dan batang leher. Orang panggil ayam jalan baik. Ada buah jenis ni dan bijak didalam perlawanan.

Ayam ganoi/segon - Ayam yang berasal dari vietnam. Mempunyai permainan berdepan dengan pukulan sebijik sebijik tetapi kuat. Ayam jenis ini biasanya mampu bertahan (endurance) yang lama didaalam perlawanan. Ayam ini juga dikatakan mempunyai buah pukulan tko yang mematikan.

Burma / Pama - Ayam bersaiz kecil ini adalah yang agak famous dewasa ini kerana pukulan nya yang amat kerap, laju, dan tepat sekali. Kakinya yang berbisa menyebabkan ayam jenis ini dapat memenangi perlawanan dengan cepat sekali (cepat Halau). Gaya Permainan tipikal pama ialah berdepan, sepak undur dan lau disamping pandai jaga kepala daripada di pagut lawan (liar). Jarang ditemui ayam Pama dengan buah patah yang besar.

* Sebab inilah ramai yang cuba menyatukan ketiga-tiga darah ini dengan mengahwin silangkannya. Seperti saya sendiri dimana ayam yang cuba dihasilkan mempunyai jalan permainan yang menarik (Thai), pukulan yang kerap, tepat, dan bisa (Pama) dan ketahanan serta pukulan yang keras dan mematikan (Segon / ganoi) di samping bentuk fizikal yang ideal dengan tulang yang mantap. Alhamdulilah objektif ini kian tercapai.  (",)

p/s : Tapi kalu jumpa ayam baik vs ayam baik, semua perkara ini tak dapat dijadikan kayu pengukur kerana diluar sana pasti ada yang lebih tinggi kelasnya.

Saturday, May 7, 2011

PemBakaAN Q3 2011 -->>

Pembakaan terkini dari demonsfowl adalah benih yang terdahulu yang masih releven dan fesyen terkini. beberapa ekor pembaka yang telah terbukti akan di ambil benihnya dan di kongsikan dengan peminat-peminat ayam semua.

Sekian..

Penjantan


1. Bagong - Penjantan tetap ini bukan sahaja mempunyai susuk tubuh yang kemas, malah ia juga mempunyai jalan permainan yang baik dimana dia akan mengasak lawan sehingga lawannya lembik dan mula memukul dengan kuat, tepat di bahangian umbut punai, leher dan belakang badan. Bagong juga mempunyai pukulan patah helikopter dimana lawan yang terkena pukulan ini akan menjerit dan berpusing-pusing seolah-olah disembelih. Anak-anak bagong yang telah lepas pada kawan2 sebelum ini telah menjuarai arena2. Ini membuktikan lagi darah thai x ganoi yang mengalir di tubuhnya amat menjadi.

2. Mathai - Penjantan import ini telah menjuarai 4x kejuaraan dimana 2x di negara aslnya dan 2x di tanah air kita. permainan yang menarik dan pukulan yang kerap dan berbisa mnebabkan lawannya lari tidak sampai air kedua. Teknik permainan pula ialah jalan kilas pancing dan sepak. Anak2 ayam ini telah juga terbukti di arena  disekitar perak dan selangor. Inilah hasil yang terbaik setakat ini di reban saya.

3. Pama Teh Ais - Penjantan ini pula ialah dari keturunan pama di mana ia mempunyai peratus pukulan tepat yang sangat tinggi dengan sepakan tepat di mata muncung dn hidung. Ia juga mempunyai pukulan 'buah' yang cantik dimana ia dapat mematikan permainan lawan walaupun ia hanya mempunyai style berdepan dan sepak sahaja. Ayam ini telah menjuarai perlawanan sebanyak 2x dan direhatkan untuk diambil bakanya.

Coming soon


TKO 6x - Ayam ini berasal dari suatu kawasan di thailand yang diberi nama 'Payao'. Telah menjuarai di pit thailand sebanyak 4x dimana kesemua gu mati di dalam masa air kedua sahaja dan 2x pukulan TKO (mati) di bon sekitar selatan tanahair juga pada awal air kedua. Walaupun rekod kemenangan ayam ini begitu cemerlang, pihak demonsfowl masih perlu mencuba sendiri juara ini. Pukulan kakinya amat bisa dimana setiap gu yang di adu (sparing) akan rosak dan terus pucat jika terkena pukulan nya yang tepat dan sakit. Perlawanan yang akan datang akan direkodkan dan dipertontonkan kepada kwan2 semua.

Induk Betina


1. Ibu Magon - Hasil kacukan dara burma dan segon. Inilah ibu kandang rasmi Demonsfowl dimana anak2 yang terhasil dari induk ini tidak pernah menghampakan. Pelbagai jenis permainan yang dihasilkan telah keluar dari pembakaan ibu ini. Walaupun saiz ibu yang agak kecil, tetapi anak2 jantan yang terhasil mempunyai saiz ideal sekitar 3.0 - 3.6kg. Ibu ini juga telah menghasilkan anak2 yang banyak mempunyai buah patah yang menarik seperti patah 's' dan lompat bon.

2. Ibu Jalak - Masih didalam proses percubaan tetapi indukan dari ibu ini memiliki rekod yang amat baik di thailand dan malaysia. Mempunyai teknik berlawan depan dan reverse, anti lock dan underwing serta pukulan tepat dan ppadu di muncung mata dan leher lawan.

3. Ibu kaki putih - Pelbagai corak permainan dimana ibu ini adalah hasil gabungan tiga darah iaitu pama, thai dan segon. Anak2 yang terhasi dari indukan ini kebanyakan nya mempunyai gaya permainan yang pelbagai dan lengkap iaitu pancing, kilas, ketip, pukul kepala dan badan, serta sepak pama yang akurat.

Coming Soon


1. Lily - Pama x Pakoi x Segon (dari benih buah patah besar)
2. Magonthai Kakibisa

*Belum sampai--tungguuuuu

Monday, May 2, 2011

Demonsfowl

Alhamdulillah sekarang ni baru la reda sikit sakit ayam yang menyerang. 2,3 kali sakit ni menyerang. Bahaya betul. Baru lah senang hati nak turun benih ayam balik. Anak bagong pun da dua batch keluar. Sama jugak dengan anak pama. Banyak suda anak ayam. Hehehe.

Ok la meh tengok ayam eksperimen berlaga, bapak taji ori cross dengan ibu magonthai ada ketip. Saiz agak kecik. Ada seko je n akan diuji kat bon nanti. Tengok tikam ke tak. Permainan memg ikut yang dicari kap, lock, sepak, kilas. n muka lawan habis n jadi hitam (kaki pama).

Friday, April 29, 2011

Pengubat di kala bosan..

Bagong menampilkan The Boss..

Dari benih Pakoi X Bangkok X Segon
Ayam jalan kilas
Rekod hehehe tapi akan di test lagi untuk dapat tengok skil dia..
Payah betul nak dapat die ni..

Monday, April 18, 2011

benih gear reverse


Gun


Mr. Ayu

Antara koleksi benih gear reverse di reban yang masih ada n telah tiada. Ayam jenis dari mula sampai abis air pung pang pukul meletup tak henti, kaki bisa. 100% pama. Main depan, reverse n pkul renggang.

Sunday, April 10, 2011

pelaga ayam

Saje nak luahkan..

Ngape la ramai orang main bon gune ubat yer... Ayam nak menang sangat da, last2 draw... Lawan tak leh mukul  teruk kena tapi tak mau lari... Hhuhu.. Tengah zaman kejatuhan ayam ni lagi la, dengan ayam kena penyakit n mcm2 masalah lagi... Insyaalh benih baru akan dtang dari benih yang lebih baik dari yang sedia ada, tapi perlu dibuktikan terebih dahulu la di bon.. Bapak utama telah bertukar... Setakat ni bapak ayam yang turun benih ada 5 ekor yang utama, semua berlainan skil.. Benih lock, kilas, sepak, lau, ketip semua dah ada.. Cuma yang terbaru ni lebih advance skit ade buah pukul mati.. N jalan yang amat menarik..

Wednesday, April 6, 2011

ayam laga


bosan dah takde ayam ni. untuk hiburan jer. satu video untuk tatapan kawan2


Thursday, March 31, 2011

waitin' for somethin'

Hurm agak penat minggu ni. 2 minggu lepas berjalan ke siam, minggu lepas ke johor. Mencari.. Kepada kawan2 yang berkenan dengan ayam2 saya boleh tanya, saya nak letgo jika kena harga. Tq all. Ada ayam betina yang anak ade rekod pn nak jual jgak. Benih magonthai. Anak muda jalak putih dlm video pn..

Harga dalam RM250. Pape hal sms. untuk discuss.

Sunday, March 13, 2011

jAlAK PuteH

Ni adalah contoh permainan ayam batang kaki yang sedang saya hasilkan.di mana gabungan pama, thai dan ganoi diterapkan dalam penghasilan tersebut.

Anak muda 6bulan, baru berani ibu, style lawan yang terhasil, lau dekat + Ketip + Pancing + Kilas + Pukul Sakit (Buah)





JALAK SITAM (SAJE SHARE AYAM NI DAH BAGI PADA MEMBER) ADIK BERADIK JALAK PUTIH



Sunday, March 6, 2011

Ayam sabung - Pama

jom tngok ayam berlaga - pama skill
ayam kocik jo..
Banyak main depan, reverse, anti underwing, anti lock, pndai keluar bile kena belit.
2.7-2.8kg. Yang paling penting, kaki pukul tepat, kena n sakit......


Anak benih magonthai belaga...



ayam dalam kenangan.. yang kuning badan kecik dengar cite tuan baru dah 2x menang..semua dah jual..saiz dia bile matang 3.6kg..hehehe

Sunday, February 27, 2011

Family 3darah






Indukan Utama bersama isterinya



Benih yang terhasil, Pama x Ganoi x Thai x Brazil



Ada 3 benih ni.. Lain ibu, bapak..Tag Kuning = Full Pama, Tag biru = Magonthai, Tag Merah = Magon





Ni pulak ayam kesayangan bini aku. Jantan kaler jalak, benih main pancing, kilas, pukul muka + badan, tembak and ada lau sikit2. Kecik pon da garang

Monday, February 21, 2011

Gun menang bergaya

Hari ahad lepas gun dah terbukti dapat mengatasi ayam yang lebih baik dari segi jalan, body n ketinggian darinya. Even baru 11 bulan terbukti kaki nya tepat dan tepat menewaskan lawan yang lebih pengalaman n tua darinya. Satu air 10 minit lawan lari, mati jalan, mata pecah. Memang puas hati penagan reverse kicking bird. Semoga lepas ni dapat buat rekod lagi. Muka pun bersih takde kesan teruk sangat.


Video suke2. Ayam nampak macam goyang tapi bila pkul, kena.. Video last air.

Monday, February 14, 2011

Pengumuman

Mohon kawan-kawan tolong anto mesej kat saya nama and nombor tepon coz ari sabtu lepas saya ada prob which is saya dipukau dan menyebabkan saya kehilangan sejumlah wang dan hp saya. =(

Wednesday, February 9, 2011

APPLE IPHONE 4

Arini nak bercerita menyimpang jauh dari topik ayam. Pasal iPhone 4. Sangat mengujakan dimana bila nampak je dalam website, aduyai rasa cam jatuh cinta la. Btw, harga yang ditawarkan tak mampu lagi dimiliki. RM2+++. Ada juga telco (contohnya Maxis) yang menawarkan harga yang competetive dengan kontrak plan yang sangat ok. But almost Malaysian couldnt afford to get one. =(

Orait, lets go to the specification of the phone.

Firstly, Retina Display die.. Mak ai.. Nampak real sungguh dimana resolusi warna yang di boost up pada display fon ni melebihi pencapaian penglihatan mata manusia iaitu 960 x 480. Jauh lebih (lebih kurang 4x) dari iphone 3g. Memang sangat puas hati bile tengok review di web especially dalam youtube.


Then, aplikasi dan games yang ditawarkan memang banyak dimana kita boleh mendownload semuanya dengan percuma menerusi sambungan wi-fi yang tersedia dibina pada fon ni. Tengok pada 3d games yang ditawarkan, perghh even rasanya PSP pun tak dapat tawarkan games sebanyak dan segempak apa yang ditawarkan oleh spesifikasi fon ni. Kirenya fon ini melengkapi segalanya yang berkaitan gadget canggih masa kini. Musik, games, aplikasi, kamera, penggambaran, paparan video HD, everything in ur pocket bro. Especially dengan saiz fon yang sangat nipis iaitu pada ketebalan 0.37 Inchi. Ini ditambah lagi dengan saiz paparan skrin sebesar 3.5inchi yang sememangnya memberi kepuasan maksima kepada pengguna. Beruntung betul sape dapat iphone 4 ni.


Kepuasan, gaya dan trend yang di tawarkan didalam satu fon yang giler kentang ni amatlah hebat disamping kualiti dan praktikal yakni mesra pengguna. Ada juga pernah saya terbaca di dalam satu majalah fon tempatan yang mana seorang director filem korea merakam filem dengan hanya menggunakan iphone 4 sebanyak 2 unit dan telah mendapat pujian diseluruh dunia setelah tayangan filemnya, betapa hebatnya penangan iphone 4 berbanding fon lain. Tak kurang juga ada jurugambar yang hanya menggunakan iphone4 sebagai kamera profesional,wow betapa hebatnya hardware yang dibina oleh company apple ni.dengan camera 5mega pixel sahaja fon ni mampu menghasilkan gambar dan penggambaran (720p = Kualiti video HD) yang  sangat hebat, setanding dengan kamera profesional yang lain. Walaupun harga nya mencecah ribuan ringgit, namun rasenya fon ni cukup berbaloi dimiliki. Fon ni jugak hadir dalam 2 warna yang berbeza, yaitu hitam n putih.


Ntah bila lah nak dapat iphone4 ni yer. Mungkin semuanya juz khayalan...=)

Monday, February 7, 2011

Bagong Jr. Da Fourth

Ni je la waris bagong yang masih ade di tangan dengan rupa hampir 90% sama dengan bagong.. Abang2 die info dari member yang ambil sebelum ni memg menjadi..pancing+sepak yang amat laju dan tepat di muka. And skil spinner dan kuda bagong masih ada x lari...hope yang ni pon bakal menjadi...adik beradik die ni ada dua ekor lagi jantan yang tak dapat take pic...satu balung angsa n satu lagi biasa..




betina ganoi cross

Tiga darah Ganoi Pama Thai
Bulu pun xde (Trademark Anak Bagong)


Sunday, January 30, 2011

Nak try ayam lah.......

Ada 2 ekor tgah train..

1. Pama muda (Tak boleh tunjuk skil lagi). Lepas main saya akan upload video (kalau menang ler).

2. Mr. Bagong (umur dah dekat 4 tahun).

p/s.: Sampar dah banyak menghabiskan ayam-ayam di sekitar tempat saya.. So beberapa ekor ayam dah dapat diselamatkan alhamdulillah..

Sunday, January 16, 2011

Kembar tak seiras!!







Dua Beradik Sama Parent..Satu Sarang..

Jalaj Putih n Pama Merah.
Style lawan tengok masing2 pancing n top spin dengan pukulan yang kerap dan tepat ke muka, telinga dan mata(lawan dengan betina). Mungkin bila matang lebih baik. Abang2 semua ada rekod. Ayam ni adik beradik dia ada sekor pada cikgu Chan. Yang tu kaler jalak sitam. Lagi lain..hahaha..

Merah ni looks promissing..tulang pn cantik..