Pembakaan terkini dari demonsfowl adalah benih yang terdahulu yang masih releven dan fesyen terkini. beberapa ekor pembaka yang telah terbukti akan di ambil benihnya dan di kongsikan dengan peminat-peminat ayam semua.
Sekian..
Penjantan
1. Bagong - Penjantan tetap ini bukan sahaja mempunyai susuk tubuh yang kemas, malah ia juga mempunyai jalan permainan yang baik dimana dia akan mengasak lawan sehingga lawannya lembik dan mula memukul dengan kuat, tepat di bahangian umbut punai, leher dan belakang badan. Bagong juga mempunyai pukulan patah helikopter dimana lawan yang terkena pukulan ini akan menjerit dan berpusing-pusing seolah-olah disembelih. Anak-anak bagong yang telah lepas pada kawan2 sebelum ini telah menjuarai arena2. Ini membuktikan lagi darah thai x ganoi yang mengalir di tubuhnya amat menjadi.
2. Mathai - Penjantan import ini telah menjuarai 4x kejuaraan dimana 2x di negara aslnya dan 2x di tanah air kita. permainan yang menarik dan pukulan yang kerap dan berbisa mnebabkan lawannya lari tidak sampai air kedua. Teknik permainan pula ialah jalan kilas pancing dan sepak. Anak2 ayam ini telah juga terbukti di arena disekitar perak dan selangor. Inilah hasil yang terbaik setakat ini di reban saya.
3. Pama Teh Ais - Penjantan ini pula ialah dari keturunan pama di mana ia mempunyai peratus pukulan tepat yang sangat tinggi dengan sepakan tepat di mata muncung dn hidung. Ia juga mempunyai pukulan 'buah' yang cantik dimana ia dapat mematikan permainan lawan walaupun ia hanya mempunyai style berdepan dan sepak sahaja. Ayam ini telah menjuarai perlawanan sebanyak 2x dan direhatkan untuk diambil bakanya.
Coming soon
TKO 6x - Ayam ini berasal dari suatu kawasan di thailand yang diberi nama 'Payao'. Telah menjuarai di pit thailand sebanyak 4x dimana kesemua gu mati di dalam masa air kedua sahaja dan 2x pukulan TKO (mati) di bon sekitar selatan tanahair juga pada awal air kedua. Walaupun rekod kemenangan ayam ini begitu cemerlang, pihak demonsfowl masih perlu mencuba sendiri juara ini. Pukulan kakinya amat bisa dimana setiap gu yang di adu (sparing) akan rosak dan terus pucat jika terkena pukulan nya yang tepat dan sakit. Perlawanan yang akan datang akan direkodkan dan dipertontonkan kepada kwan2 semua.
Induk Betina
1. Ibu Magon - Hasil kacukan dara burma dan segon. Inilah ibu kandang rasmi Demonsfowl dimana anak2 yang terhasil dari induk ini tidak pernah menghampakan. Pelbagai jenis permainan yang dihasilkan telah keluar dari pembakaan ibu ini. Walaupun saiz ibu yang agak kecil, tetapi anak2 jantan yang terhasil mempunyai saiz ideal sekitar 3.0 - 3.6kg. Ibu ini juga telah menghasilkan anak2 yang banyak mempunyai buah patah yang menarik seperti patah 's' dan lompat bon.
2. Ibu Jalak - Masih didalam proses percubaan tetapi indukan dari ibu ini memiliki rekod yang amat baik di thailand dan malaysia. Mempunyai teknik berlawan depan dan reverse, anti lock dan underwing serta pukulan tepat dan ppadu di muncung mata dan leher lawan.
3. Ibu kaki putih - Pelbagai corak permainan dimana ibu ini adalah hasil gabungan tiga darah iaitu pama, thai dan segon. Anak2 yang terhasi dari indukan ini kebanyakan nya mempunyai gaya permainan yang pelbagai dan lengkap iaitu pancing, kilas, ketip, pukul kepala dan badan, serta sepak pama yang akurat.
Coming Soon
1. Lily - Pama x Pakoi x Segon (dari benih buah patah besar)
2. Magonthai Kakibisa
*Belum sampai--tungguuuuu
indukan sampingan ada gak..
ReplyDelete