Followers

Wednesday, February 9, 2011

APPLE IPHONE 4

Arini nak bercerita menyimpang jauh dari topik ayam. Pasal iPhone 4. Sangat mengujakan dimana bila nampak je dalam website, aduyai rasa cam jatuh cinta la. Btw, harga yang ditawarkan tak mampu lagi dimiliki. RM2+++. Ada juga telco (contohnya Maxis) yang menawarkan harga yang competetive dengan kontrak plan yang sangat ok. But almost Malaysian couldnt afford to get one. =(

Orait, lets go to the specification of the phone.

Firstly, Retina Display die.. Mak ai.. Nampak real sungguh dimana resolusi warna yang di boost up pada display fon ni melebihi pencapaian penglihatan mata manusia iaitu 960 x 480. Jauh lebih (lebih kurang 4x) dari iphone 3g. Memang sangat puas hati bile tengok review di web especially dalam youtube.


Then, aplikasi dan games yang ditawarkan memang banyak dimana kita boleh mendownload semuanya dengan percuma menerusi sambungan wi-fi yang tersedia dibina pada fon ni. Tengok pada 3d games yang ditawarkan, perghh even rasanya PSP pun tak dapat tawarkan games sebanyak dan segempak apa yang ditawarkan oleh spesifikasi fon ni. Kirenya fon ini melengkapi segalanya yang berkaitan gadget canggih masa kini. Musik, games, aplikasi, kamera, penggambaran, paparan video HD, everything in ur pocket bro. Especially dengan saiz fon yang sangat nipis iaitu pada ketebalan 0.37 Inchi. Ini ditambah lagi dengan saiz paparan skrin sebesar 3.5inchi yang sememangnya memberi kepuasan maksima kepada pengguna. Beruntung betul sape dapat iphone 4 ni.


Kepuasan, gaya dan trend yang di tawarkan didalam satu fon yang giler kentang ni amatlah hebat disamping kualiti dan praktikal yakni mesra pengguna. Ada juga pernah saya terbaca di dalam satu majalah fon tempatan yang mana seorang director filem korea merakam filem dengan hanya menggunakan iphone 4 sebanyak 2 unit dan telah mendapat pujian diseluruh dunia setelah tayangan filemnya, betapa hebatnya penangan iphone 4 berbanding fon lain. Tak kurang juga ada jurugambar yang hanya menggunakan iphone4 sebagai kamera profesional,wow betapa hebatnya hardware yang dibina oleh company apple ni.dengan camera 5mega pixel sahaja fon ni mampu menghasilkan gambar dan penggambaran (720p = Kualiti video HD) yang  sangat hebat, setanding dengan kamera profesional yang lain. Walaupun harga nya mencecah ribuan ringgit, namun rasenya fon ni cukup berbaloi dimiliki. Fon ni jugak hadir dalam 2 warna yang berbeza, yaitu hitam n putih.


Ntah bila lah nak dapat iphone4 ni yer. Mungkin semuanya juz khayalan...=)

No comments:

Post a Comment