Ni adalah berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya mengenai ayam pelbagai darah.. (Batang Kaki Balut) - Magonthai
Ayam Bangkok - Ayam yang berasal dari thailand. Mempunyai gaya perlawanan yang menarik, iaitu kilas, pancing, banyak pukul umbut punai dan batang leher. Orang panggil ayam jalan baik. Ada buah jenis ni dan bijak didalam perlawanan.
Ayam ganoi/segon - Ayam yang berasal dari vietnam. Mempunyai permainan berdepan dengan pukulan sebijik sebijik tetapi kuat. Ayam jenis ini biasanya mampu bertahan (endurance) yang lama didaalam perlawanan. Ayam ini juga dikatakan mempunyai buah pukulan tko yang mematikan.
Burma / Pama - Ayam bersaiz kecil ini adalah yang agak famous dewasa ini kerana pukulan nya yang amat kerap, laju, dan tepat sekali. Kakinya yang berbisa menyebabkan ayam jenis ini dapat memenangi perlawanan dengan cepat sekali (cepat Halau). Gaya Permainan tipikal pama ialah berdepan, sepak undur dan lau disamping pandai jaga kepala daripada di pagut lawan (liar). Jarang ditemui ayam Pama dengan buah patah yang besar.
* Sebab inilah ramai yang cuba menyatukan ketiga-tiga darah ini dengan mengahwin silangkannya. Seperti saya sendiri dimana ayam yang cuba dihasilkan mempunyai jalan permainan yang menarik (Thai), pukulan yang kerap, tepat, dan bisa (Pama) dan ketahanan serta pukulan yang keras dan mematikan (Segon / ganoi) di samping bentuk fizikal yang ideal dengan tulang yang mantap. Alhamdulilah objektif ini kian tercapai. (",)
p/s : Tapi kalu jumpa ayam baik vs ayam baik, semua perkara ini tak dapat dijadikan kayu pengukur kerana diluar sana pasti ada yang lebih tinggi kelasnya.
No comments:
Post a Comment