Followers

Saturday, May 21, 2011

Sarang peneluran

Alhamdulilah saje nak berkongsi dengan kawan2, kotak A4 jangan dibuang, selama saya menggunakan kotak A4 sebagai bekas telur untuk ibu ayam mengeram, hasil nya amat baik sekali dimana kesemua telor yang dieram menjadi.letak kertas hancur (shred paper) dalam tu, insyaallah menjadi. Cube la, tak rugi pun.hehheehe..

Kertas hancur tabur je dalam tu, n letak daun serai untuk bagi hama lari =)

Fighter Q3 2011

Taun ni agak menyedihkan sebab ayam nak bawak ke bon udah takde/kurang akibat sampar.. Mujur masih ada sekor yang tinggal. Ayam hasil gabungan batang kaki dan taji ori. Eksperimen pertama, kena tengok boleh pergi atau tak di bon. Warna ara tua dan batang kaki putih. Permainan pula macam2. Awal bulan 6 ni akan beraksi di arena. Saje masuk dalam tenet cari glamor. Hehe. Ayam dah siap basuh, tinggal nak bawak je. Tapi kalu ada sesape yang berkenan boleh la tanya k. Style main = pakoy dengan sepakan yang kerap, sakit dan padu..Lebih kurang cmtu. Pernah adu dengan ayam balut, sampai habis body longlai n takde kaki..



Jari belakang sisik pecah semua.. (apa maksudnya ye?)

Tuesday, May 10, 2011

Darah pembakaan ayam paling glamor..

Ni adalah berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya mengenai ayam pelbagai darah.. (Batang Kaki Balut) - Magonthai


Ayam Bangkok - Ayam yang berasal dari thailand. Mempunyai gaya perlawanan yang menarik, iaitu kilas, pancing, banyak pukul umbut punai dan batang leher. Orang panggil ayam jalan baik. Ada buah jenis ni dan bijak didalam perlawanan.

Ayam ganoi/segon - Ayam yang berasal dari vietnam. Mempunyai permainan berdepan dengan pukulan sebijik sebijik tetapi kuat. Ayam jenis ini biasanya mampu bertahan (endurance) yang lama didaalam perlawanan. Ayam ini juga dikatakan mempunyai buah pukulan tko yang mematikan.

Burma / Pama - Ayam bersaiz kecil ini adalah yang agak famous dewasa ini kerana pukulan nya yang amat kerap, laju, dan tepat sekali. Kakinya yang berbisa menyebabkan ayam jenis ini dapat memenangi perlawanan dengan cepat sekali (cepat Halau). Gaya Permainan tipikal pama ialah berdepan, sepak undur dan lau disamping pandai jaga kepala daripada di pagut lawan (liar). Jarang ditemui ayam Pama dengan buah patah yang besar.

* Sebab inilah ramai yang cuba menyatukan ketiga-tiga darah ini dengan mengahwin silangkannya. Seperti saya sendiri dimana ayam yang cuba dihasilkan mempunyai jalan permainan yang menarik (Thai), pukulan yang kerap, tepat, dan bisa (Pama) dan ketahanan serta pukulan yang keras dan mematikan (Segon / ganoi) di samping bentuk fizikal yang ideal dengan tulang yang mantap. Alhamdulilah objektif ini kian tercapai.  (",)

p/s : Tapi kalu jumpa ayam baik vs ayam baik, semua perkara ini tak dapat dijadikan kayu pengukur kerana diluar sana pasti ada yang lebih tinggi kelasnya.

Saturday, May 7, 2011

PemBakaAN Q3 2011 -->>

Pembakaan terkini dari demonsfowl adalah benih yang terdahulu yang masih releven dan fesyen terkini. beberapa ekor pembaka yang telah terbukti akan di ambil benihnya dan di kongsikan dengan peminat-peminat ayam semua.

Sekian..

Penjantan


1. Bagong - Penjantan tetap ini bukan sahaja mempunyai susuk tubuh yang kemas, malah ia juga mempunyai jalan permainan yang baik dimana dia akan mengasak lawan sehingga lawannya lembik dan mula memukul dengan kuat, tepat di bahangian umbut punai, leher dan belakang badan. Bagong juga mempunyai pukulan patah helikopter dimana lawan yang terkena pukulan ini akan menjerit dan berpusing-pusing seolah-olah disembelih. Anak-anak bagong yang telah lepas pada kawan2 sebelum ini telah menjuarai arena2. Ini membuktikan lagi darah thai x ganoi yang mengalir di tubuhnya amat menjadi.

2. Mathai - Penjantan import ini telah menjuarai 4x kejuaraan dimana 2x di negara aslnya dan 2x di tanah air kita. permainan yang menarik dan pukulan yang kerap dan berbisa mnebabkan lawannya lari tidak sampai air kedua. Teknik permainan pula ialah jalan kilas pancing dan sepak. Anak2 ayam ini telah juga terbukti di arena  disekitar perak dan selangor. Inilah hasil yang terbaik setakat ini di reban saya.

3. Pama Teh Ais - Penjantan ini pula ialah dari keturunan pama di mana ia mempunyai peratus pukulan tepat yang sangat tinggi dengan sepakan tepat di mata muncung dn hidung. Ia juga mempunyai pukulan 'buah' yang cantik dimana ia dapat mematikan permainan lawan walaupun ia hanya mempunyai style berdepan dan sepak sahaja. Ayam ini telah menjuarai perlawanan sebanyak 2x dan direhatkan untuk diambil bakanya.

Coming soon


TKO 6x - Ayam ini berasal dari suatu kawasan di thailand yang diberi nama 'Payao'. Telah menjuarai di pit thailand sebanyak 4x dimana kesemua gu mati di dalam masa air kedua sahaja dan 2x pukulan TKO (mati) di bon sekitar selatan tanahair juga pada awal air kedua. Walaupun rekod kemenangan ayam ini begitu cemerlang, pihak demonsfowl masih perlu mencuba sendiri juara ini. Pukulan kakinya amat bisa dimana setiap gu yang di adu (sparing) akan rosak dan terus pucat jika terkena pukulan nya yang tepat dan sakit. Perlawanan yang akan datang akan direkodkan dan dipertontonkan kepada kwan2 semua.

Induk Betina


1. Ibu Magon - Hasil kacukan dara burma dan segon. Inilah ibu kandang rasmi Demonsfowl dimana anak2 yang terhasil dari induk ini tidak pernah menghampakan. Pelbagai jenis permainan yang dihasilkan telah keluar dari pembakaan ibu ini. Walaupun saiz ibu yang agak kecil, tetapi anak2 jantan yang terhasil mempunyai saiz ideal sekitar 3.0 - 3.6kg. Ibu ini juga telah menghasilkan anak2 yang banyak mempunyai buah patah yang menarik seperti patah 's' dan lompat bon.

2. Ibu Jalak - Masih didalam proses percubaan tetapi indukan dari ibu ini memiliki rekod yang amat baik di thailand dan malaysia. Mempunyai teknik berlawan depan dan reverse, anti lock dan underwing serta pukulan tepat dan ppadu di muncung mata dan leher lawan.

3. Ibu kaki putih - Pelbagai corak permainan dimana ibu ini adalah hasil gabungan tiga darah iaitu pama, thai dan segon. Anak2 yang terhasi dari indukan ini kebanyakan nya mempunyai gaya permainan yang pelbagai dan lengkap iaitu pancing, kilas, ketip, pukul kepala dan badan, serta sepak pama yang akurat.

Coming Soon


1. Lily - Pama x Pakoi x Segon (dari benih buah patah besar)
2. Magonthai Kakibisa

*Belum sampai--tungguuuuu

Monday, May 2, 2011

Demonsfowl

Alhamdulillah sekarang ni baru la reda sikit sakit ayam yang menyerang. 2,3 kali sakit ni menyerang. Bahaya betul. Baru lah senang hati nak turun benih ayam balik. Anak bagong pun da dua batch keluar. Sama jugak dengan anak pama. Banyak suda anak ayam. Hehehe.

Ok la meh tengok ayam eksperimen berlaga, bapak taji ori cross dengan ibu magonthai ada ketip. Saiz agak kecik. Ada seko je n akan diuji kat bon nanti. Tengok tikam ke tak. Permainan memg ikut yang dicari kap, lock, sepak, kilas. n muka lawan habis n jadi hitam (kaki pama).