Followers

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Rayer

     Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali saya terutama pengunjung blog demon's fowl ini. Insyaallah saya akan upgred post2 di dalam blog ini sebaik yang mungkin.
     Sekian,

Video Ayam Belaga


Ni video anak ayam belaga ngan ibu (baru berani ibu) dalam 4bulan. Ni ialah contoh permainan Pama x Ganoi iaitu sepak tepat, laju, lastik dan kepala goyang (liar).
Ibu ayam belaga >>> Pama Style

Pembaka dan Indukan Tetap

BAGONG
(Ganoi x Thai)
Warna = Hijau
Berat = 3.6 kg
Style permainan = Superlock + Spinner
Special = Ada buah helikopter

>>> Ayam body solid ini diperolehi dari seorang sahabat. Dijadikan induk utama di reban saya kerana memiliki permainan lock dan pukulan yang sangat keras. Buatmasa ni dah ada anak2 balung angsa ni disiapkan untuk ke medan pertempuran dimana dah upgred dengan ibu Magon (Style permainan sama cuma sepak lebih banyak, tepat dan ada karen/terpelojok >> aka pancing tembak ping).


CECAK
(Thai)

>>> Daripada benih lama yang diperolehi dari Gajah Vilg. Buah serong.



Dara Ganoi x Thai (Balung Angsa)
Superlock (Pancing) Style


En. Bagong bersama pair nye yang terbaru. Brazil line. Harap menjadi.

Salam Perkenalan..Baru Belajar Berblog =)

Salam semua..


     Saya Wan dari Teluk Intan masih baru didalam dunia BLOG ni. Insyaallah saya akan memberikan paparan yang terbaik di sepanjang penglibatan ini. Sekian, terima kasih.

     Untuk pengetahuan pengunjung, saya adalah salah seorang breeder AYAM LAGA dan AYAM HUTAN. Sesiapa yang ingin mendapatkan benih ayam terkini dari saya boleh lah menghubungi saya di e-mail saya diamondbaypit@rocketmail.com. Saya akan update perkembangan terkini ayam-ayam di reban saya berserta dengan gambar dan video (sparing) berkaitan.

     Untuk pengetahuan tuan/puan juga, kebanyakan benih ayam yang saya produce adalah dari jenis BATANG KAKI BALUT dan TAJI PENDEK dari baka BURMA, GANOI dan THAI. Kebanyakan ayam-ayam ini ada 3 darah or less. Permainan pula ada kilas, pancing, serong dan pukul tepat di muka, mata dan telinga lawan. Bagi benih ayam hutan pula, ayam denak dari baka yang baik dimana boleh panggil ayam hutan ori dengan lancar dan terbukti sesuai untuk dibawa ke hutan (meracik).

     Saya akan upload pembaka dan indukan dari reban saya sedikit masa lagi untuk tatapan tuan/puan. Saya berharap kehadiran blog ini akan dapat memeriahkan lagi industri ayam hutan dan ayam laga di malaysia.